Translate

Friday, January 24, 2014

LANGKAH PERTAMA MENTERNAK LOBSTER



LANGKAH PERTAMA
1.       Sebelum memulakan apa-apa kerja, pastikan tujuan penternakan untuk apa. Adakah untuk penghasilan dan penjualan anak benih atau memasarkan udang dengan saiz untuk makan. Perkara ini penting kerana penyediaan dan jumlah tangki mestilah mencukupi di samping itu permintaan pasaran dan juga saiz pasaran hendaklah dan telah dikaji. Ini semua bertujuan mengelakkan pembaziran masa, wang dan tenaga.

2.       Setelah diputuskan tujuan ternakan. Langkah awal sebelum mengasuh benih atau induk, penyediaan makanan hidup bagi keperluan LAT disediakan terlebih dahulu.

3.       Makanan semula jadi ini terdiri dari pelbagai jenis dan bentuk, antaranya adalah seperti ikan Guppy, Cacing Sutera (cacing darah), ulat sayur, cacing tanah dan lain lain lagi. terpulang kepada pengusaha untuk menyediakannya. Tapi bagi syarikat kami, penggunaan Cacing Sutera adalah yang terbaik. Dan diselang seli dengan sumber protein lain.